BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya jika saya ragu2 semasa dan selepas solat sama ada saya telah membaca tahiyat awal atau tidak, adakah solat saya sah. Pada mulanya, saya yakin saya telah baca tahiyat awal, kemudian selepas itu datang rasa tidak yakin. Namun selepas solat saya rasa yakin saya telah baca tahiyat awal. Saya tidak melakukan sujud sahwi. Adakah sah solat saya kerana hal ini telah banyak kali berlaku. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tahiyat awal merupakan perbuatan sunat yang dikategorikan sebagai sunat ab'ad. Orang yang meninggalkannya disunatkan untuk sujud sahwi sebelum memberi salam. Tahiyat awal tidak termasuk dalam rukun solat. Justeru, jika ditinggalkannya tidak membatalkan solatnya hanyasanya disunatkan untuk menggantikan dengan sujud sahwi. Namun, sekiranya dia meninggalkan sujud sahwi maka solatnya tetap dikira sah juga. Walau bagaimanapun, situasi yang puan alami adalah lebih kepada ke arah was-was yang berlaku pada puan. Adalah dinasihatkan untuk tinggalkan dan abaikan perasaan itu, dan bina keyakinan dalam setiap ibadah yang dilakukan.

Di sana juga, para fuqaha telah meletakkan satu kaedah yang boleh dipegang bahawasanya bagi sesiapa yang berasa syak dan was-was setelah selesai solat maka solatnya sudah dikira sah. Namun, adapun rasa ragu-ragu dan tidak yakin setelah selesai solat, maka puan perlulah menjauhi rasa was-was tersebut oleh kerana was-was itu adalah mainan syaitan yang mengganggu umat Islam dalam melakuan ibadat dan binalah atas jalan keyakinan bahawa ibadah puan telah selesai ditunaikan dengan sebaiknya.   

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 4

message user image