BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

1.Jika ada kariah masjid atau saudara meninggal ..adakah kaum wanita digalakkan untuk turut serta solat jenazah

2.Jika dalam ruang yg terbuka lelaki dan perempuan ..adakah wanita digalakkan untuk turut serta dlm solat jenazah tersebut

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, soalan 1 dan 2 mempunyai kaitan  hukum yang sama. . Ingin dinayatakan bahawa hukum melaksanakan solat jenazah adalah fardhu kifayah, yang bererti jika ada sekumpulan orang Islam yang mengerjakannya maka gugurlah kewajipan bagi yang lain. Namun jika tidak ada yang mengerjakannya, maka semua berdosa. Adapun solat jenazah bagi kaum wanita adalah harus oleh kerana tiada dalil yang mengharamkan perkara tersebut. Hal ini berdasarkan sebuah hadis daripada Saidatina Aisyah RA menyatakan:

لَمَّا تُوُفِّيَ سَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ أَرْسَلَ أَزْوَاجُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَمُرُّوا بِجَنَازَتِهِ فِي الْمَسْجِدِ فَيُصَلِّينَ عَلَيْهِ فَفَعَلُوا فَوُقِفَ بِهِ عَلَى حُجَرِهِنَّ يُصَلِّينَ عَلَيْهِ

Maksudnya: Ketika Sa‘ad bin Abu Waqqas wafat, isteri-isteri Rasulullah SAW mengutuskan pesan agar jenazahnya dibawa ke masjid supaya mereka boleh menunaikan solat jenazah untuknya. Mereka (para pengurus pengebumian) melakukannya, dan jenazah tersebut diletakkan di hadapan bilik mereka dan mereka menunaikan solat jenazah untuknya. (Riwayat Muslim)

Ia menunjukkan harus bagi wanita untuk melakukan solat jenazah sama ada di rumah atau di masjid. Selain daripada itu, jenazah Rasulullah turut disolatkan oleh sahabat lelaki dan wanita. Ia didahulukan oleh lelaki kemudian wanita dan kanak-kanak. Justeru, digalakkan kepada kaum wanita untuk melakukan solat jenazah jika tiada sebarang fitnah yang akan menimpa diri bagi meraih pahala yang besar solat jenazah.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 7

message user image