BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanyakan soalan. Sebelum ini tahun-tahun yang lalu saya ada bayarkan zakat fitrah untuk mak, ayah dan kakak saya. Tapi masa itu saya tidak tahu syarat sah bayarkan zakat fitrah bagi orang lain adalah perlu minta keizinan terlebih dahulu. Saya tidak minta izin pada masa itu. Jadi saya fikir, mungkin zakat fitrah saya bayarkan itu tidak sah.

Ramadan tahun 2024 ini saya ada minta izin mereka untuk saya bayarkan zakat fitrah.

Soalan saya, jika saya ingin qadha bayar balik zakat fitrah tahun-tahun lalu yang tidak sah itu, perlu ke saya minta izin mereka semula ? Kerana tahun 2024 saya sudah minta izin bayarkan zakat fitrah mereka.

Harap dapat membantu saya untuk beri sedikit penjelasan. Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan soalan yang diajukan, zakat-zakat sebelum ini yang tidak sah juga perlu meminta izin mereka. Boleh meminta izin mereka dengan menyatakan tahun-tahun yang hendak dibayarkan. Jika tahun-tahun tersebut telah mereka bayar, maka tidak menjadi kewajipan untuk membayarkannya lagi.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 10

message user image