BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada seorang kawan ni,  dia ada beronani masa umur dia 6 tahun sampai keluar air mani. Lepas tu, seingat dia, dia baru mandi wajib ketika 9 tahun. Persoalannya, dia perlu gantikan solat yang ditunaikan dalam tempoh 3 tahun tu kan? Masalahnya dia sendiri kabur jarak hari daripada dia pertama kali mengeluarkan air mani hingga hari dia mandi wajib. Berapa banyak yang perlu dia ganti? Minta pencerahan ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, kewajipan mandi hanya berlaku apabila seseorang itu telah mencapai umur baligh. Antara tanda-tanda baligh adalah mimpi basah bagi lelaki dan datang haid bagi perempuan atau mencapai umur 15 tahun hijrah bagi lelaki dan perempuan. Oleh itu, sebelum baligh, kanak-kanak tidak diwajibkan untuk mandi. Imam Nawawi RH menyatakan:

‌خروج ‌المنى ووقت إمكانه استكمال تسع سنين

Maksudnya: Keluar air mani ketika sampai waktunya iaitu sempurna umurnya sembilan tahun.

Berdasarkan pandangan di atas Imam Nawawi RH menentukan tempoh minima atau umur keluarnya mani seseorang itu secara matang yang dikira sebagai baligh ialah 9 tahun.

Mengeluaran air mani dengan sengaja menjadi salah satu tanda baligh jika disertai dengan kefahaman dan kematangan dalam memahami konsep moral. Pada umur sekecil 6 tahun ini kebanyakan ulama menyatakan bahawa dia seorang kanak-kanak yang ghayr mukallaf (tidak dibebankan dengan hukum syarak) kerana belum cukup matang dari segi akal dan pemahaman. Jika seseorang tidak diwajibkan untuk mendirikankan solat maka mereka tidak diwajibkan untuk mengganti solat yang ditinggalkan tersebut.

Sehubungan itu, merujuk kepada persoalan saudara, solat tersebut tidak perlu di ganti semula kerana pada waktu itu dia masih kecil dan belum mencapai usia baligh yang mana tidak diwajibkan ke atasnya solat dan juga mandi wajib. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 4

message user image