BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Dr Mohd Asri, Tuan/Puan, Pada satu malam terjadinya pertengkaran di antara saya dan isteri melalui perbualan telefon. Kelemahan saya adalah saya akan cepat mengeluarkan kata kata yang kesat dan perkataan yang menyakitkan hati isteri apabila berada dalam keadaan marah. Oleh sebab itu, semasa kami mula bertengkar dalam perbualan telefon, saya memaklumkan kepada isteri bahawa saya ingin memberhentikan perbualan kerana risau jika saya mengeluarkan kata kata yang tidak sepatutnya ( dalam hal ini, risau jika terkeliar lafaz cerai). Isteri tetap berdegil untuk teruskan perbualan. Setelah perbualan gagal dihentikan secara persetujuan bersama, saya memilih keputusan untuk mematikan perbualan telefon begitu sahaja. Kemudian, isteri saya terus menghubungi saya melalui sosial media whatsapp. Saya tetap memberitahu isteri bahawa saya tidak mahu berbual dalam keadaan marah kerana saya risau tercakap apa apa yang tidak sepatutnya. Setelah beberapa minit, kami hentikan perbualan di whatsapp. Selepas itu, saya duduk bersendirian di ruang tamu rumah sewa saya tanpa kehadiran sesiapa pun sambil cuba menenangkan diri. Ketika itulah, saya membayangkan perkara-perkara yang tidak elok untuk menyakiti isteri saya kerana terlampau geram sehinggakan membayangkan diri saya melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri. Saya tahu ketika itu jika hanya berimaginasi ( tidak lafaz secara lisan) tidak akan jatuh talak kerana saya memang tiada niat untuk ceraikan isteri. Cuma membayangkan diri saya lafaz cerai sahaja untuk sakitkan hati isteri tanpa melafazkan secara lisan. Semasa kejadian membayangkan lafaz cerai itu, saya terlepas cakap "Aku ceraikan kau..". Tapi semasa saya sedar mulut saya seolah berkata seperti itu, saya terus cuba menahan mulut saya daripada terus bercakap. Sampaikan saya was-was jika saya hanya tergerakkan bibir ataupun betul-betul melafazkan. Adakah jatuh talak tersebut Tuan/Puan kerana saya memang dari awal tiada niat nak ceraikan isteri kerana jika benar ada niat untuk ceraikan pasti semasa perbualan di telefon dan whatsapp lagi saya dah lafazkan tetapi saya tidak berbuat sedemikian rupa. Dengan harapan tinggi agar Tuan/Puan bersetuju serta tidak terbeban dalam membantu saya mendapatkan jawapan kepada persoalan saya. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Pertamanya untuk makluman tuan, di jabatan ini tiada pegawai yang bernama Dr. Mohd Asri sepertimana yang tuan namakan dalam mukadimah soalan tuan. Pun begitu kami tetap akan menjawab soalan tuan walaupun ianya adalah soalan kedua yang tuan telah emelkan kepada pihak kami yang mana kandungan soalannya adalah hampir sama dengan soalan yang sebelum ini yang tuan hantar pada 21/8/2024. Untuk jawapan soalan ini tuan boleh rujuk jawapan pertanyaan pertama tuan, nombor siri  868/2024.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 16

message user image