BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin memohon pencerahan daripada pihak tuan.

Pada 24 September 2024, suami saya telah menyatakan kepada saya agar mencari bahagia sendiri. Menurutnya, saya tidak memerlukan dia lagi. Rujuk gambar Perbualan WhatsApp 24 Sept 2024

Pada 17 Oktober 2024, saya bertanya semula kepada suami saya, apa yang dimaksudkan suami saya berkenaan perbualan pada 24 Sept 2024 tersebut. Jawapan suami saya ialah seperti berikut Perbualan WhatsApp 17 Okt 2024. Dia telah melepaskan saya dari semua tanggungjawab ke atas dia dan anak perempuannya.

Soalan saya ialah, apakah implikasi tutur kata suami saya di dalam kedua-dua perbualan ini? Adakah telah jatuh talak?

Maaf, suami saya jenis yang cakap berkias. Saya cuma tak mau salah faham. Untuk makluman, kami tak pernah hidup sebumbung sejak berkahwin 3 tahun lepas atas sebab-sebab tertentu.

Terima kasih atas bantuan pihak tuan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, perbualan puan dan suami dalam aplikasi Whatsapp : "We are here, and you don't need us... Go, Find your happiness...", boleh dikategorikan sebagai lafaz talak secara kinayah (kiasan/ sindiran). 

Justeru, perkara ini hendaklah dikemukakan terus kepada pihak Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal puan untuk tindakan selanjutnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 14

message user image