BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum,saya mohon pencerahan dan penjelasan dari pihak tuan berhubung dengan status perkahwinan sya.

Suami sya ada meletakkn syarat "jika sya menipu akan jatuh talak" kmi ada persilisihan faham dan berlaku pertengkaran .Saya  tiada niat utk mnipu suami sya dan keliru dgn jwapan sya pda suami.Tp suami kta sya mnipu.

 

Adakah talak  terssbut jtuh dan di kira sah.Saya dan suami msih ragu tentang hubungan kami.

 

Mohon penjelasan ustaz @ ustazah secepat mungkin.saya  dalam situasi yg buntu dan ragu2.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada puan, lafaz suami kepada puan merupakan lafaz taklik, maka jatuh talak sekiranya puan menipu. Isu ini memerlukan kepada penjelasan lanjut daripada pihak puan dan suami. Justeru, puan dan suami dinasihatkan agar terus melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk dibuat pengesahan oleh Hakim Syarie.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 11

message user image