BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya hendak berkahwin, selepas saya berbincang dengan ibu saya, ibu saya mengatakan dalam islam nikah perlu buat di belah lelaki. Sya pernah dengar yang majlis perlu buat di belah lelaki tapi nikah apa yang saya tahu perlu dibuat di belah perempuan atas sebab kita hendak ambil anak orang jadi kenapa perlu wali datang ke rumah pihak lelaki? Saya berdebat di situ dengan ibu saya. Soalan saya nikah dalam islam sepatutnya di belah perempuan atau lelaki? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Majlis pernikahan secara adatnya dilaksanakan di sebelah perempuan. Dalam kaedah fiqh disebut :

العادة محكَّمة

Maksudnya: Adat itu menjadi penentu hukum.

Itulah yang menjadi kebiasaannya pada masa sekarang. Oleh itu pengantin lelaki perlu mendapatkan keizinan daripada wali pengantin perempuan untuk bernikah dengannya sebagaima termaktub dalam rukun nikah yang menjadi syarat sah nikah.

Berlainan pula dengan walimah (kenduri kahwin). Ia boleh dibuat oleh salah satu pihak lelaki atau perempuan, atau bergabung majlis atau kedua-dua pihak ingin mengadakan walimah berasingan. Terpulang pada perbincangan dan kesefahaman  antara keluarga masing-masing mengikut kemampuan, tidak berlebihan atau keterlaluan serta tidak berlaku pembaziran. Sebagai ibu bapa, permudahkanlah urusan perkahwinan anak-anak supaya mereka dapat melayari kehidupan berumahtangga dengan sebaik-baiknya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 19

message user image