BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Anak perempuan saya telah meninggal dunia. Menantu saya berkahwin lain dan telah mendapat seorang anak perempuan dengan isterinya itu. Apakah hukum aurat di antara saya dengan anak tersebut? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, tuan tidak mempunyai apa-apa ikatan kekeluargaan dengan anak tersebut dan ia tidak dianggap sebagai cucu tuan. Maka anak tersebut dianggap sebagai ajnabi sebagaimana orang lain. Tuan perlu menjaga aurat antara dia dan juga mengambil hukum-hukum lain yang berkaitan dengan ajnabi.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 11

message user image