BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan kepada pihak tuan, suami saya telah melafazkan lafaz taklik keatas saya untuk membuang/ tidak menyimpan semua gambar2nya di dalam telefon saya mulai hari yang dulafazkan. Sekiranya saya gagal saya akan dijatuhkan talak satu.

Sekiranya saya yakin telah memadam semua gambar2nya di telefon seperti yang diminta, adakah perlu saya ke mahkamah lagi? Concern saya tidak mahu mengeruhkan keadaan dan membesarkan isu ini. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada kenyataan yang diberikan, lafaz taklik suami puan berkenaan perkara tersebut adalah terpakai sampai bila-bila sepanjang tempoh perkahwinan bermula dari tarikh yang dilafazkan. 

Jika puan yakin telah membuang/tidak menyimpan semua gambar suami sepertimana yang dia taklikkan, maka puan boleh kemukakan pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk tindakan selanjutnya agar perkara ini dapat diselesaikan melalui keputusan mahkamah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 12

message user image