BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya INGIN bertanya soalan 

apakah hukum membeli Saham speedmart 99

 Saham speedmart 99 telah dikategorikan sebagai Saham tidak patuh syariah mungkin kerana syarikat itu menjual minuman keras Dan menjana keuntungan daripada minuman keras itu , tetapi  syarikat itu juga menajana keuntungan dengan menjual barang asas yang lain seperti beras ,telur, biskut,makanan Dan miniuman ringan.syarikat itu semestinya menjana keuntugan yang lebih banyak menjual barangan asas daripada barangan haram seperti minuman Keras .

saya melihat rakyat malaysia banyak belanja Di kedai speedmart 99

membeli barang asas harian seperti makanan dan minuman ringan daripada membeli minuman keras


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan. Hukum membeli saham yang tidak patuh syariah adalah haram. Begitu juga wang hasil daripada saham tersebut adalah harta tidak patuh syariah dan haram menggunakannya untuk kegunaan peribadi. 

Manakala, berkaitan membeli barangan asas pada kedai yang turut menjual arak adalah harus selagi tidak membeli arak tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 12

message user image