BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya ingin bertanya soalan tentang lafaz taklik talak . Semasa bergaduh saya ada menyuruh suami melafazkan taklik talak seperti "kalau aku tipu kau lagi jatuh talak" . Baru2 ni suami ada tipu sesuatu bila saya bertanya dia cakap tak tipu. Tetapi sy dah tau tipu dan sy tanya 3x kali ke 4 baru dia mengaku dia ada tipu. Soalan saya jatuh talak ke percakapan dan perbuatan tu ye? 
terimakasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan puan, lafaz taklik adalah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya perlanggaran terhadap apa yang disyaratkan itu.Taklik juga bermaksud menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepada isterinya : “kalau aku tipu kau lagi jatuh talak.” atau sebagainya. Sekiranya berlaku perlanggaran pada syarat taklik tersebut maka boleh membawa berlakunya perceraian.

Walau bagaimanapun, di dalam menentukan sama ada talak itu jatuh atau tidak, maka disyorkan agar perkara tersebut dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 11

message user image