Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan,
Saya ingin pencerahan berkaitan tanggungjawab/nafkah sebagai seorang suami.
Soalan saya :
Adakah menjadi tanggungjawab saya untuk menyelenggara kereta isteri ulang-alik bekerja?
Sebagai seorang suami, keperluan rumah, makan minum, belanja anak-anak sekolah, nafkah isteri termasuk utiliti semua saya bayarkan.
Saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi pencerahan kepada persoalan saya ini.
Terima kasih.
Jawapan
Nafkah dari segi bahasa mengeluarkan, iaitu pembiayaan belanja seseorang terhadap ahli keluarganya. Manakala dari segi syara pula ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia di namakan nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu.
Berdasarkan hadis dari Mu’awiyah al Qusyairi R.A telah bertanya kepada Nabi SAW:
Yang maksudnya: “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorang dari kami yang menjadi kewajipan suaminya?” Baginda menjawab,”Engkau memberi makan kepadanya, jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya, jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah engkau memburukkannya, dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah”. (Sunan Abi Daud)
Sehubungan dengan itu, majoriti ulama mengatakan nafkah yang wajib diberi kepada isteri itu ialah tujuh perkara:
Jadi secara kesimpulannya, nafkah ini adalah hak isteri, ada pun menyelenggara kereta itu tidaklah termasuk dalam nafkah wajib, namun jika suami itu ada sifat tanggungjawab dan dia rela untuk membantu isterinya, maka akan dikira sebagai pahala kerana memudahkan urusan isterinya dan menyemai sifat mua'syarah bil maaruf dalam rumahtangganya.
Sekian, terima kasih