BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Baru2 ni saya bergaduh dengan suami dan saya ingin keluar dari rumah untuk menenangkan fikiran . tapi saya bagitahu suami saya nak balik rumah ibu saya . sewaktu saya di dalam kereta suami melarang saya untuk pergi dan dia cakap "kalau saya keluar saya dan dia tak ada apa2" selepas itu saya pun masuk . tapi selepas kejadian itu esok nya saya ada keluar dgn kawan dgn izin suami . saya ada kerisauan sama ada jatuh atau tidak talak kerana slepas itu saya ada kluar dgn kawan saya . tapi suami cakap dia cakap " tak ada apa2" tu dia tk maksudkan nak cerai dia hanya ugut saya supaya saya tak kluar .


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan puan, oleh kerana suami sudah maklumkan perkataan yang dia lafazkan "tak ada apa2" bukan bermaksud cerai, maka tidaklah jatuh talak dan tidaklah berlaku perceraian. Dinasihatkan pasangan suami dan isteri supaya menjaga kata-kata dan tingkah laku agar masing-masing tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan jatuh talak atau langgar taklik.  

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 15

message user image