BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam Mufti,

saya nak tanya, saya travel ke johor, bertolak hari isnin, pulang semula hari sabtu, semasa hari selasa saya diberitahu perlu pulang pada hari khamis, makna nya dari 6 hari jadi 4 hari. Bermula hari selasa tu saya boleh jamak ke dan qasar ke?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Antara syarat-syarat yang membolehkan seseorang mendapat rukhsoh solat secara jamak dan qasar adalah tidak berniat untuk menetap lebih daripada tiga (3) hari tidak termasuk hari tiba dan hari pulang. Merujuk kepada persoalan, tuan telah berniat untuk menetap di sana melebihi empat (4) hari yang menuntut seseorang tersebut solat secara sempurna. Perubahan niat selepas bermukim di sesuatu kawasan tidak membatalkan niat asal untuk bermukim. Oleh itu, tuan tidak boleh solat secara jamak bermula hari selasa (hari yang dimaklumkan pengurangan hari di tempat tersebut). 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 12

message user image