BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt...semoga tuan berada dalam lindungan Allah swt..

Soalan saya 

1. Apakah pandangan tuan tentang seseorang yang mempunyai kelebihan seperti beliau tahu dan nampak apa perbuatan orang lain yang telah dilakukan oleh orang tersebut walaupun orang tersebut tidak memberitahu perbuatannya..? Wahal apa yang disebutkan nya memang telah terjadi .

2. Seseorang tersebut mengetahui apa kejadian yang akan berlaku kepada orang itu.. bila ditanya ia merupakan petunjuk dari Allah..

Mohon pencerahan dari tuan.

 

Terima kasih

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sebelum menjawab soalan yang diajukan, kita perlu bezakan antara firasat dengan mengetahui secara pasti. Dalam perkara melibatkan rahsia orang dan masa hadapan, ia adalah perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT dan para Rasul yang dikehendaki oleh Allah SWT. Maka mustahil seseorang boleh mengetahui isi hati manusia dan perkara yang akan berlaku secara pasti kerana ia merupakan perkara ghaib. Berbeza dengan firasat, kerana seseorang boleh mempunyai firasat berdasarkan petanda-petanda yang ada pada makhluk lalu diilhamkan oleh Allah SWT. Firasat ini bukan pengetahuan secara pasti dan yakin. Ia hanya diketahui melalui tanda-tanda tertentu.

Bagi menjawab soalan yang diajukan:

1. Jika dimaksudkan tahu perbuatan orang lain adalah melalui firasat maka ia perkara biasa. Boleh jadi ia adalah ilham daripada Allah SWT kepada hamba-hambanya atau sebuah karamah kepada para walinya. Jika seseorang mendakwa dia tahu perbuatan orang, kemungkinan dia menipu dan kebetulan perbuatan tersebut terjadi. Boleh jadi Allah SWT membiarkan perkara sebegini berlaku untuk menambahkan kesesatan seseorang (istidraj).

2. Dakwaan menyatakan dengan mengetahui perkara yang akan berlaku atau akan datang adalah syirik kerana ia perkara ghaib. Tiada yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah SWT dan para Rasulnya sahaja. Boleh sahaja orang yang mendakwa tersebut sedang tertipu dengan diri sendiri.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 14

message user image