BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya ada kekeliruan mengenai haid dan istihadah. Saya mempunyai masalah haid tidak teratur di mana tempoh kitaran haid tidak menentu. Kadang mencapai lebih 60 hari kadang dalam 30-40 hari dan memang selalu darah keluar lebih dari 15hari.  Tapi hari pertama haid yang dulu pada 27/8 sekitar pukul 4 petang dan darah stop pada 2/9 jadi saya mandi wajib dan solat seperti biasa. Kemudian pada 10/9 (pagi) saya sedar ada darah lagi, jadi saya assume itu darah haid sehingga 11/9 pukul 4 petang bru mandi wajib lagi dan solat. Pada 21/9 ada darah lagi. Jika ini masih dianggap istihadah, bagaimana sekiranya berterusan dan macam mana nak tahu bila mula period? Sebab kadang darah tu sikit sahaja dan saya tak boleh nak bezakan haid atau istihadah.

 


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, sebanyak-banyak haid adalah 15 hari 15 malam dan sekurang-kurang haid adalah sehari semalam atau 24 jam. Manakala tempoh minimum suci adalah 15 hari 15 malam. Jika berlaku keadaan darah keluar berterusan melebihi tempoh maksimum haid berkemungkinan ia merupakan darah bercampur antara darah haid dan darah istihadah. Jadi, untuk menentukan sama ada ia darah haid atau istihadah hendaklah ditentukan dengan perkara berikut:

  1. Kaedah tamyiz (membezakan) jenis darah dengan menentukan darah yang kuat dan lemah melalui perbezaan warna darah tersebut. Darah kuat dianggap sebagai darah haid sebaliknya darah lemah adalah darah istihadah. Sebagai contoh: pada 27/8 hingga 2/9 darah yang keluar tersebut adalah kuat atau berwarna hitam maka ia dianggap sebagai darah haid. Manakala darah yang keluar pada 10/9 jika warnanya lebih lemah maka ia merupakan darah istihadah. Maka, jika darah keluar pada 21/9 sudah dianggap sebagai haid kerana telah melepasi tempoh minimum suci. 

  2. Kaedah adat. Kaedah ini adalah dengan melihat adat kebiasaan tempoh haid puan pada bulan sebelumnya. Sebagai contoh, tempoh kebiasaan haid adalah 7 hari, maka pada 27/8 hingga 2/9 adalah dianggap sebagai haid, manakala selebihnya hari berikut adalah suci sehingga tempoh minimum suci iaitu 15 hari 15 malam. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 12

message user image