Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum. sebelum dimulakan persoalan, ia ada berkaitan tubuh badan wanita jadi jika tidak selesa, boleh diserahkan kepada bahagian wanita sebelum habis membaca.
Saya mempunyai payu udara yang besar secara genetik sejak dari sekolah. Disebabkn itu, saya sering diejek sebagai ''loyot" yang bermaksud sagging. walaupun saya memakai tudung labuh dan baju longgar, ia masih dapat dilihat. Semenjak dua menjak ini, saya hilang berat badan namun payu udara makin kelihatan sagging. Saya ingin bertanya bahawa adakah haram melakukan breast lifting? saya ingin melakukan pembedahan untuk mengecilkan payu udara tapi ada orang kata haram, jadi saya hanya ingin melakukan breast lifting kerana sagging itu mengganggu posture.
Jawapan
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menetapkan hukum bagi melakukan perubahan kepada payudara. Harus hukumnya sekiranya payudara seorang wanita itu terlalu besar sehingga mengakibatkan kesakitan seperti sakit pinggang, tengkuk atau bahu yang tidak tertahan. Namun, sekiranya dilakukan perubahan untuk tujuan kecantikan, ia adalah haram. Walau bagaimanapun, sekiranya bentuk payudara besar itu memberi gangguan yang serius terhadap emosi atau terlalu sukar untuk mengawal aurat bentuk tubuh badan maka ia dibenarkan selagi ianya tidak memudaratkan.
Sekian, Terima kasih.