BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt, saya telah menjadi imam disalah sebuah surau di kampung halaman saya, ketika itu tiada imam jadi saya dilantik menjadi imam untuk solat fardhu isya' ketika rakaat kedua ketika itu saya sedar saya telah batal wudhuk dari mula solat dan saya tak tahu apa yang oerlu dibuat fikiran saya bercelaru dan saya teruskan menjadi imam, sekarang saya risau jikalau saya akan menanggung semua dosa makmum yang hadir pada malam itu , saya minta penjelasan dan apa yang perlu saya buat ? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, syarat bagi menjadi Imam perlu seseorang itu faqih yakni mahir dalam hukum-hakam agama agar solat berjemaah dijamin sah. Justeru, mengikut situasi yang berlaku maka solat Imam berkenaan dikira batal dan wajib bagi Imam untuk mengulangi solatnya semula. Makmum pula tidak wajib mengulangi solatnya. Selain itu, tuan juga tidak menanggung dosa bagi makmum tersebut berdasarkan umum firman Allah SWT di dalam surah al-Fatir ayat 18: 

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ

Maksudnya: Dan (ketahuilah) bahawa seorang pemikul itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa).

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 10

message user image