BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. saya ingin bertanya tentang lafaz yang saya buat berbentuk tulisan didalam wassap...

Saya ade bertengkar dengan isteri semasa saya berada di tempat kerja dan isteri dirumah..isteri ingin datang berjumpe saya di tempat kerja tapi saya tak benarkan..

Dan saya ade tulis didalam wassap kalau kau datang jatuh talak.. saya hanya tulis dengan niat hanya untuk mengugut sahaja dan bukan niat untuk menceraikan die.. 

Adakah lafaz ni masih terpakai sampai bila2 atau boleh di tarik balik atau pun terbatal memandang saya sudah berbaik dengan isteri..... Dan saya juga selalu bawak isteri datang ke tempat kerja..  buat mase ni saya tak berani lagi nak membawa isteri datang ke tempat kerja...

Mohon pandangan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Lafaz talak yang ditulis melalui aplikasi whatsapp tersebut adalah lafaz taklik dalam bentuk kinayah atau kiasan iaitu lafaz yang tergantung kepada niat suami ketika menulis perkataan tersebut, seandainya suami berniat talak, maka jatuhlah talak namun sebaliknya seandainya suami tidak berniat talak atau sekadar mengugut sahaja, maka talak tidak berlaku.

Walaubagaimanapun sekiranya tuan inginkan pengesahan lanjut, tuan boleh merujuk perkara ini kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap lafaz tersebut memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 13

message user image