BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Kemusykilan, saya telah bercerai dengan isteri sebanyak 2 kali. Situasinya semasa dalam proses rujuk semula saya telah menyatakan pada isteri " Awak akan saya lepaskan andai sudah ada lelaki lain dalam hati awak". Dan baru-baru ini isteri saya memohon diceraikan atas alasan tuntut janji sebelum ini. Tetapi saya keberatan untuk melepaskannya. Dia ajak saya untuk berjumpa dengan lelaki yang sudi memperisterikannya tapi saya enggan berjumpa. Isteri kata dia sudah tidak ada hati dengan saya. Saya ambil pendekatan menghubungi lelaki tersebut melalui telefon. Saya cakap jangan ganggu isteri saya. Betulkah awak mahu berkahwin dengan isteri saya? Lelaki itu menjawab ya kami memang merancang mahu berkahwin sambil berkata tolonglah lepaskan isteri awak. Adakah telah jatuh talak bila dalam keadaan sedemikian? Mohon penjelasan. Selepas kejadian itu saya memang tidak mengauli isteri lagi. Kalau jatuh talak maknanya telah jatuh talak 3. Apakah yang harus saya buat untuk rujuk semula dengan isteri andai telah jatuh talak? Mohon bantuan sebelum saya rujuk kepada mahkamah syariah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, ayat yang dinyatakan tidaklah menyebabkan jatuhnya talak. Ia merupakan satu bentuk keazaman atau cita-cita ketika itu. Saudara masih lagi suami kepada isteri saudara. Namun, jika terdapat keraguan antara kedua belah pihak, adalah dicadangkan untuk membuat pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 136

message user image