BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Soalan saya adalah seperti berikut:

Apakah hukum / adakah jatuh talak apabila seorang lelaki telah mengatakan akan jatuh talak jika datang ke sini (sini merujuk kepada tempat kerja suami) tapi tidak dinyatakan tempat bekerja, adakah lafaz talak hanya boleh diguna pakai di tempat kerja suami semasa, bagaimana jika suami bertukar tempat kerja adakah lafaz talak masih boleh diguna pakai?

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

Terdapat 2 jenis lafaz talak yang diucapkan iaitu sama ada lafaz sorih (jelas) atau kinayah (kiasan). Contoh lafaz sorih yang digunakan untuk talak adalah (طلاق), lepas (سراح) atau pisah (فراق) dan kata terbitan daripada kalimah ini, seperti: “Engkau diceraikan”,“Engkau dilepaskan”

Manakala secara kiasan pula seperti seseorang berkata: “Engkau tiada apa-apa lagi denganku”, “Engkau berasingan daripadaku."

Maka, lafaz "akan jatuh talak jika datang ke sini" bukanlah suatu lafaz yang boleh menyebabkan talak jatuh kerana ia merupakan lafaz yang bersifat akan datang "akan jatuh". Namun, jika lafaz yang digunakan adalah sah sebagai taklik talak, maka "ke sini" yang diambil kira adalah sebagaimana yang diniatkan oleh suami. Puan dinasihatkan untuk merujuk kepada Mahkamah Rendah Syariah atau Jabatan Agama Islam bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan lanjut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 11

message user image