BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,soalan saya adalah adakah takdir ibu bapa (seperti dipanjangkan umur,rezeki)boleh berubah dengan  doa daripada anak-anak?terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Dalam Islam, takdir boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu takdir mubram dan takdir muallaq. Takdir mubram adalah ketentuan yang tidak boleh berubah, manakala takdir muallaq adalah ketentuan yang bergantung kepada usaha dan doa.

Doa daripada anak-anak, terutamanya doa yang baik seperti mendoakan panjang umur dan rezeki yang baik untuk ibu bapa. Ia juga boleh memberi kesan kepada takdir muallaq. Allah SWT amat menyukai doa dan amalan baik daripada anak-anak untuk kedua ibu bapa mereka, dan doa-doa ini boleh menjadi sebab dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam keberkatan, mengikut kehendak Allah SWT.

Hadis daripada Thauban RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

‌لَا ‌يَرُدُّ ‌الْقَدَرَ ‌إِلَّا ‌الدُّعَاءُ، ‌وَلَا ‌يَزِيدُ ‌فِي ‌الْعُمُرِ ‌إِلَّا ‌الْبِرُّ

Maksudnya: Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur kecuali perbuatan baik. (Riwayat Ahmad).

Ini menunjukkan bahawa doa dan amal soleh boleh mempengaruhi takdir yang bergantung kepada kehendak Allah SWT. Maka, adalah digalakkan untuk anak-anak terus berdoa untuk kebaikan ibu bapa mereka, kerana doa tersebut merupakan bentuk amal yang sangat disukai dan dijanjikan ganjaran oleh Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 12

message user image