BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Adakah dikira zihar apabila saya berkata punggung anak lelaki saya besar macam punggung ibunya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Merujuk kepada persoalan puan, zihar menurut istilah syarak adalah merujuk kepada perbuatan seorang suami yang melafazkan kata-kata bahawa isterinya serupa anggota zahir perempuan yang haram  dikahwini selama-lamanya seperti ibu, anak perempuan atau lain-lainnya.  Seperti kata-kata suami kepada isteri: "Dada kamu seperti dada ibuku", yang mana  penyamaan ini  memberi maksud bahawa isteri sama seperti ibu. Sebagaimana haram bagi suami mengahwini atau menyetubuhi ibunya, begitu juga haram bagi suami mengahwini atau menyetubuhi isterinya. Perbuatan ini adalah haram dan berdosa. Namun begitu, dalam situasi seperti yang tuan nyatakan, ucapan itu tidak dihukumkan sebagai zihar kerana ia merujuk kepada anak lelaki dan tidak berkaitan dengan hubungan suami-isteri.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 6

message user image