BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

1. Saya ada baca yang jika kita terpijak najis baik samada dari anjing atau bukan, memadai dengan hanya memijak nya ke tanah tanpa perlu menyamak atau membasuhnya.

Ini petikan dari laman web mufti wilayah yang saya baca:

"kasut mahupun selipar yang sentiasa digunakan  seharian boleh disucikan secara tidak langsung  apabila terkena padanya tanah, air mahupun rumput. Tapak kasut atau selipar yang disapu pada tanah dapat menyucikannya." 

Tapi yang saya kurang jelas ialah, adakah rumput juga dikira tanah, kerana ayat disini menekan kan disapu pada tanah, jadi saya agak was was jika rumput juga sudah dikira memadai, di kawasan saya tinggal ada banyak anjing dari jiran non muslim berkeliaran dan juga agak sukar mencari tanah yang kosong, kerana kebanyakan tempat adalah rumput sahaja. Mohon pencerahan jika rumput juga sudah dikira memadai.

2. Ketika hujan rintik, ada anjing pijak di kawasan tanah itu, adakah tempat tanah tersebut masih boleh saya pijak untuk menyucikan tapak kasut atau tanah itu juga sudah dikira tidak suci?  Jika tidak suci adakah selama-lamanya tidak suci, atau memadai selang sehari dua, ia sudah dikira suci dek panas/angin/hujan?

3. Jika ada kesan basah tapak kaki anjing di jalan, dan saya kemudian pijak kesan tapak kaki tersebut, adakah najis itu berpindah pada kasut saya? Ada yang mengatakan kesan basah dari tapak kaki anjing sahaja tidak dikira najis melainkan ada nya ain najis(bulu/air liur). Mohon pencerahan kerana hal ini agak sukar di persekitaran rumah saya di mana banyak anjing berkeliaran lebih lebih lagi di musim hujan. 


Sekian, Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,  

1) Perlu untuk diambil berat bahawa najis mughallazah tidak dapat disertu melainkan hanya dengan tujuh kali basuhan dan salah satunya dengan tanah. Justeru, jika selipar atau kasut yang DIYAKINI terpijak najis anjing sebagai contoh, maka setelah digosok pada tanah perlu menyucikannya dengan air mutlak sebanyak 6 kali bagi menyempurnakan penyucian tersebut. Manakala, berkaitan persolan yang dibangkitkan iaitu rumput tidak dikira sebagai tanah dan tidak memadai untuk menyucikan najis mughallazah, namun secara adatnya di bawah rumput terdapat tanah yang bersih yang boleh diambil bagi tujuan menyertu. Gunakanlah apa cara sekalipun yang boleh sampai kepada tanah tersebut. 

2) Tanah tersebut boleh digunakan bagi tujuan menyertu sekalipun anjing telah lalu atau pijak di atas tanah tersebut kerana ianya telah suci secara semulajadi melainkan sekiranya terdapat ain najis seperti tahi maka tidak boleh menggunakan tanah tersebut untuk menyertu. 

3) Adapun hukum bagi terpijak kesan tapak kaki anjing pada jalan tidak memindahkan najis melainkan sekiranya diyakini terdapat ain najis anjing.   

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 9

message user image