BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt

Saya ada menyentuh racoon dog di festival Maha. Adakah saya perlu samak/sertu ya. 

Setakat ini saya melakukan kegiatan seperti biasa seperti solat/makan dan sebagainya

Adakah raccon dog itu dilabel sebagai anjing/ najis yang berat atau tidak

Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sebelum menentukan sesuatu hukum itu perlulah kita memahami permasalahan yang berlaku. Justeru, setelah diteliti melalui pembacaan dan kajian maka haiwan racoon dog ini bukanlah dikategorikan sebagai anjing atau berasal dari baka anjing ianya hanya sekadar nama. Hal ini jika dibezakan antara anjing dan racoon dog sangat jauh bezanya antara keduanya dan tiada persamaan, hanya berkongsi pada nama sahaja. Malah, racoon dog ini lebih berkait rapat dengan musang berbanding anjing. Justeru, rakun termasuk dalam kategori haiwan yang suci serta tidak mengambil hukum anjing dan keturunannya. Hal ini kerana asal setiap haiwan itu adalah suci yakni bukan najis mughallazah (berat) melainkan ada nas yang menunjukkan sebaliknya seperti kenajisan babi, anjing atau seumpamanya. Oleh itu, tidak mengapa menyentuhnya serta najis dan bangkainya dianggap sebagai najis mutawassitah (sederhana). Di samping itu, segala kegiatan yang melibatkan ibadah atau tugasan harian yang tuan lakukan adalah sah oleh kerana tiada perpindahan najis berlaku pada tuan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 8

message user image