Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya wanita yang menjalani proses chemical peeling untuk menghilangkan bekas-bekas jerawat yang berlubang?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum menjalani proses chemical peeling (pengelupasan kimia) untuk memperbaiki keadaan kulit seperti menghilangkan bekas-bekas jerawat atau masalah kulit adalah harus, dengan syarat niatnya adalah untuk merawat atau memperbaiki kecacatan dan rawatan itu tidak memudaratkan. Walaubagaimanapun sekiranya tindakan tersebut melibatkan perubahan yang berlebihan sehingga boleh mengubah ciptaan Allah SWT serta boleh mendatangkan kemudharatan, maka ianya boleh manjadi haram. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 195:
Maksudnya: janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu.
Ayat ini memberikan prinsip bahawa menjaga kesihatan, termasuk kulit, adalah tanggungjawab seseorang. Rawatan yang membantu memperbaiki kesan-kesan jerawat dan meningkatkan keyakinan diri tidak dianggap melanggar hukum selagi ia tidak memudaratkan dan melampau sehingga mengubah ciptaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.