BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 

Tuan/Puan,

Suami saya memberitahu saya di akhirat nanti dia tidak mahu saya menjadi isterinya. Dia hanya inginkan bidadari dan tidak mahu isteri. Saya musykil adakah ini menjejaskan status perkahwinan saya sekarang. Adakah jatuh talak ? Perlukah saya melaporkan pada Jabatan Agama untuk pengesahan lafaz cerai secara kinayah? Saya harap pihak tuan/puan dapat menjawab dengan segera kerana khuatir hubungan kami tidak lagi sah di sisi syarak


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Ucapan suami puan itu merupakan satu bentuk perberitahuan yang mengandungi pelbagai maksud yang boleh difahami dengan pelbagai pengertian, dan ia tidaklah secara jelas menunjukkan adanya lafaz cerai atau talak. Ucapan itu bukanlah berbentuk penyataan atau kata-kata bahawa suami menceraikan isteri.

Walau bagaimanapun, sekiranya puan masih perlukan penjelasan lanjut, maka puan bolehlah merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, kerana bidangkuasa mengesahkan lafaz talak adalah bidangkuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 7

message user image