BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya sedang mengandung dua bulan. Baru-baru nie saya bergaduh dengan suami dalam whatsapp dan saya cakap 'aku nak cerai' 'ceraikan aku' .. selepas itu, suami cakap  'Ank lahir kita cerai' . Bila saya tanya suami, 'tu lafaz taklik ka?' Apa niat dia? Memang dia nak cerai ka' . Suami jawab saya yang minta , saya yang nak. Saya tanya lagi dia memang cakap macam tu berniat nak cerai saya atau tak. Suami jawab 'dia tak ada niat nak ceraikan saya' ..

persoalan saya.

1) dah jatuh talak ke selepas saya lahirkan anak kami nanti?
2)betul ke sijil kahwin akan diambil sekiranya cerai tu sah dan cuma ada surat rujuk saja? Saya risau anak nanti tahu kami pernah bercerai. 
mohon penjelasan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada kenyataan puan:

  1. Berkenaan perbualan puan dan suami dalam whatsapp 'aku nak cerai' 'ceraikan aku' .. selepas itu, suami cakap  'Ank lahir kita cerai', perkara ini sebaiknya dipanjangkan terus kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk tindakan selanjutnya agar perkara ini dapat diselesaikan melalui keputusan mahkamah. Hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidang kuasa pengesahkannya. 
  2. Sekiranya hakim memutuskan jatuh talak ke atas puan, maka surat nikah akan dibatalkan dan pasangan diberi sijil rujuk (jika perkahwinan dirujuk kembali). Jika tidak mahu rujuk, selepas tamat iddah pasangan perlu bernikah semula untuk mendapatkan sijil nikah dan bagi menghilangkan kerisauan diketahui anak kelak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 9

message user image