BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Saya mencarum insurans tahunan (Takaful oleh Perbankan Islam) untuk anak saya (dibayar oleh saya) dan anak saya terpilih memenangi hadiah cabutan bertuah. Adakah saya sebagai pencarum untuk beliau (juga penjaga yang sah) diboleh untuk menggunakan hadiah tunai tersebut atau ianya adalah hak milik mutlak anak? Mohon penjelasan Sahibul Samahah Mufti / pihak yang berkaitan.


message user image

Jawapan  

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.

Merujuk kepada persoalan tuan berkaitan hadiah daripada cabutan bertuah yang diperolehi adalah milik si anak kerana akaun adalah milik beliau. Sudah menjadi tanggungjawan si bapa menafkahi si anak sehingga umurnya menjengah dewasa.

Oleh itu, si bapa tidak boleh mengambil harta anaknya dengan sewenang-wenangnya, penggunaan wang anak adalah terhad dalam keadaan dalam situasi-situasi berikut:

  1. Kemaslahatan Anak: Segala perbelanjaan atau penggunaan harta anak mesti bertujuan untuk kebaikan dan faedah anak, contohnya, membayar pendidikan, keperluan asas, atau sebarang keperluan yang memberi manfaat kepada anak.

  2. Tiada Penggunaan Untuk Kegunaan Peribadi Penjaga: Penjaga tidak boleh menggunakan harta anak untuk kepentingan peribadi mereka sendiri kecuali dalam situasi darurat yang sah (terpaksa) dan tiada sumber lain yang mencukupi. Dalam keadaan sedemikian, syarak membolehkan penjaga menggunakan harta anak dengan syarat ia dikembalikan sekiranya mampu di masa hadapan.

والله أعلم بالصواب
 

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 6

message user image