BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt

Saya ibu kpd 6 org anak 1 perempuan 5 lelaki . Bermula tahun ini selepas suami menarik balik kemudahan kad kredit dan hanya menyediakan brgn keperluan dapur yg pd fikirannya perlu sebelum bertugas 2 minggu di plantar. Tiada meninggalkn duit blnja kperluan anak2 sekolah dan seumpanya. Walaupyn saya bekerja, sy merasakan itu adalah tanggungjawab yg perlu disediakan oleh suami. Untuk saya dia x beri x kisahlah tp utk anak??? Saya bukan nak berkira Tapi sy rasa sy perllu bersuara. Hak anak2.. sy tak nak dia lebih bazirkan ke 5 biji motor yg boleb dikatakan melbihi dr keperluan . Dia menanggung 6anak 5biji moto dua biji kereta tidak termasuk kereta saya dan sebiji rumah tak termasuk bil air n makan pakai spnjg ketidaan n sy dipejabt. Mohon penjelasan tuan/puan . Bolehkah saya mengisukan soal hak nafkah ini. Saya tak nak jd manusia yg takberperikemanusiaan dan tak nak juga diri merasakan ada pengabaian...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Perkara utama yang seharusnya difahami terlebih dahulu adalah nafkah asas yang perlu ditanggung oleh suami. Sebagaimana yang telah disepakati oleh kebanyakan ulama, nafkah asas yang perlu ditanggung oleh seorang suami terbahagi kepada 7 perkara iaitu makanan, barang dapur, pakaian, tempat tinggal, peralatan membersihkan diri, barangan rumah dan pembantu kepada isteri sekiranya menjadi kebiasaan bagi isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja). Perkara ini adalah berpandukan firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah ayat 233:

وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, adalah menjadi kewajipan bagi seorang suami menanggung perbelanjaan/ nafkah asas isteri dan anak walaupun isteri mempunyai pendapatan sendiri. Namun, perlu diingatkan bahawa pemberian nafkah ini mestilah mengikut kemampuan suami.

Adapun kos tanggungan kenderaan yang dimiliki sewajarnya dipertimbangkan semula bagi pihak suami, sekiranya ia mengakibatkan pengabaian nafkah bagi anak-anak maka wajar diutamakan anak-anak kerana ia merupakan tanggungjawab utama yang perlu dilaksanakan bagi seorang bapa. 

Walau bagaimanapun, puan dinasihatkan untuk berbincang secara hikmah dengan suami dan disarankan membuat pelan tindakan bersama bagi mengurus kewangan keluarga. Puan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan di Unit Undang-undang Kaluarga, Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 6

message user image