BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, jika kita bekerja di satu company yang memberi kita benefit seperti Staff Purchase 40%. Apabila ada seseorang yang ingin membelinya contoh keluarga atau kawan kawan. Tetapi saya hanya memberitahu saya dapat 30% kepada individu tersebut kerana beliau tidak tahu akan berapa percent staff purchase saya. Dikira 10% adalah untuk komisyen saya disebabkan saya yang dapat benefit kerana bekerja disitu. Adakah duit 10% itu dikira halal untuk saya atau sebaliknya? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Apabila seseorang itu bekerja di sebuah syarikat dan mendapat manfaat seperti diskaun staf, pekerja tersebut sebenarnya memegang amanah yang diberikan oleh syarikat tersebut. Diskaun ini biasanya diberikan kepada staf sebagai satu bentuk faedah yang eksklusif. Jika syarikat itu menetapkan bahawa diskaun tersebut hanya untuk penggunaan peribadi staf atau keluarga terdekat, maka ia perlu menggunakan kelebihan itu mengikut apa yang dibenarkan oleh syarikat. Sekiranya jual beli yang berlaku ini adalah dengan kebenaran syarikat dan syarikat membenarkan staf menjual dengan menggunakan diskaun sebagai staf dan menjual dengan harga yang lebih tinggi maka ia adalah diharuskan.


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 5

message user image