BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya adalah seorang seorang suami yang sudah berkahwin selama 3 tahun, tetapi dalam masa 1 bulan ni terjadi pertelingkahan besar antara kami disebabkan oleh kesalahan besar dari saya yang telah saya lakukan sebelum saya berkahwin dengan isteri saya lagi, perkara ini telag membuat isteri rasa sudah tidak percaya dan rasa tidak ada harapan untuk bersama dengan dia. Sebagai seorang suami saya akan cuba sedaya upaya yang boleh untuk tidak melepaskan isteri saya.

Cuma pertanyaan saya, apa yang patut saya lakukan dalam hal ini? Patutkah saya cari kaunselor atau bimbingan nasihat dari ibu bapa saya tentang ini. Saya perlukan pencerahan tentang ini.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Allah SWT berfirman dalam surah An Nisa' ayat ke 35 :

وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِنْ أَهْلِهَا إِنْ يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا

Yang maksudnya : Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.

Dalam melayari alam rumahtangga, pasti akan ada cabaran dan ujian yang ditempuhi oleh pasangan. Lantaran itu, sekiranya pasangan boleh berbincang dengan cara yang baik, itu adalah tindakan yang terbaik. Namun sekiranya berbincang bersama akan lebih membawa kepada kemudaratan daripada kebaikan, maka tuan bolehlah merujuk kepada pihak yang berautoriti untuk menjadi orang tengah atau perantara antara dua pihak ini. Tuan boleh merujuk ke mana-mana pejabat Agama Islam yang berhampiran bagi membantu dan menjadi rujukan oleh mana-mana pasangan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 6

message user image