BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum,

Sebelum ni saya pernah ‘bermesra’ dgn ex saya, saya dah pandai beberapa perkara hubungan intim, cuma saya masih dara.

Soalannya, bila dh kahwin nnt (dgn org lain), patut ke saya pura-pura itu first time utk saya? Macam tak pandai apa-apa utk elak suami syak kisahsilam saya?

Tak berdosa ke bila berpura-pura dengan suami?

Tq sudi jawab.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Manusia yang baik adalah mereka yang sentiasa bertaubat daripada kesalahannya yang lampau dan tidak mengulanginya. Perkara ini disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya: Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. (Riwayat Ibn Majah)

Seseorang pesalah yang telah bertaubat dengan sebenar-benarnya akan diampunkan oleh Allah SWT walau sebesar manapun dosanya. Firman Allah SWT dalam surah al-Zumar ayat 53:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ 

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Adapun berpura-pura dalam hal ini tidaklah dikira sebagai berdosa, terutama jika niatnya adalah untuk menjaga keharmonian hubungan dan mengelakkan salah faham atau perasaan curiga daripada suami. Bahkan yang sepatutnya bersikaplah secara semulajadi kerana Islam menuntut seseorang memelihara maruah dirinya dan aib yang telah berlalu. Segala kisah silam mahupun aib tidak perlu diceritakan kepada bakal bakal pasangan, kerana yang lebih penting adalah tekad anda untuk berubah dan memperbaiki diri. Sesungguhnya Allah SWT sangat mengasihi hamba-Nya yang bertaubat dan ingin menjaga kemuliaan diri. Fokuskan pada usaha membina perkahwinan yang bahagia dan amanah kepada suami, tanpa dibebani dengan kisah lalu yang telah anda tinggalkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 7

message user image