BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya nak tanya apakah hukum membeli kereta mercedes buat masa sekarang ? Sebab saya ingin membeli kereta, tapi difahamkan mercedes termasuk dalam senarai perlu diboikot. Terima kasih dan assalamualaikum. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, secara asasnya hukum asal boikot barangan yang halal adalah harus ini termasuklah memboikot jenama-jenama tertentu. Sekiranya terdapat arahan daripada pemerintah agar melakukan boikot terhadap jenama-jenama tertentu maka hukumnya adalah wajib. Jika pemboikotan ini tidak melibatkan suatu ketetapan rasmi daripada pihak kerajaan, maka individu yang tidak menyertai boikot tidak dikira berdosa. Boikot merupakan satu bentuk jihad ekonomi dan antara cara umat Islam memberi tekanan kepada pihak yang menyokong kezaliman, seperti isu Palestin. 

Oleh itu, harus untuk membeli apa-apa jenama atas kualiti produk yang dihasilkan dan bukanlah kerana menyokong keganasan. Ada banyak cara menunjukkan sokongan kepada isu Palestin, maka sokonglah Palestin dalam bentuk lain yang mampu dilakukan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 11

message user image