BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Bekas Isteri saya telah melanggar ta'liq semasa dia dalam keaadaan haid dan menyebabkan talak 1 terjatuh keatas isteri saya. Saya dan isteri telah membuat pengesahan penceraian di mahkamah rendah syariah KL dan mahkamah mengesahkan saya dan isteri saya telah bercerai talak 1 dan talak tersebut jatuh ketika perlanggaran ta'liq ketika isteri saya sedang haid.

Persoalaannya, bagaimana perhitungan tempoh iddah untuk bekas isteri saya bermula dan berakhir? Adakah iddah bermula ketika dia sedang haid dan berakhir pada haid yang ketiga? Atau iddah bermula ketika dia suci dari haid pertama talak jatuh, dan berakhir pada haid ke-empat?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Tempoh iddah bekas isteri saudara dihitung dengan 3 kali suci. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 228:

وَٱلۡمُطَلَّقَـٰتُ یَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَـٰثَةَ قُرُوۤءࣲۚ

Maksudnya : Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). 

Oleh kerana perceraian secara taklik itu jatuh dalam tempoh haid bekas isteri, maka sebaik sahaja suci daripada haid itu, barulah dikira sebagai suci yang pertama. Seterusnya, perlu menunggu sehingga 2 kali suci seterusnya.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 6

message user image