BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya minta izin pandangan kepada ahlinya. 1) Adakah kita boleh menggunakan wang yuran daripada peserta untuk membeli tempahan makanan sesebuah program (program ini bukan berbentuk pertandingan)?

2) Andai kita maklumkan kepada peserta yang ingin menyertai program itu dalam hebahan poster yg bertulis 'yuran komitmen tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri atau asbab tertentu', adakah ia masih sah atau diterima dalam Islam? Sebab peserta dah ambil maklum akan hal itu dan daripada pihak kita telah nyatakan perkara itu juga.

Terima kasih. Jazakumullah


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan,

  1. Harus menggunakan wang yuran tersebut sebagai menampung kos-kos pentabdiran sesebuah program kerana manfaatnya dikongsi secara bersama. Perkara yang tidak dibolehkan adalah menggunakan wang yuran peserta untuk membeli hadiah.
  2. Melihat kepada keadaan umat Islam pada hari ini, isitilah “yuran komitmen tidak dipulangkan” telah menjadi ‘uruf (kebiasaan) sebagai tanda atau bentuk komitmen dan tanda jadi dalam bermuamalat sama ada perniagaan atau program. Yuran komitmen ini relevan disebabkan penarikan diri disebabkan peserta, akan merugikan penganjur yang telah mempersiapkan kemudahan-kemudahan tertentu bagi menjayakan program tersebut tetapi peserta sewanang-wenangnya menarik diri. Tindakan menghebahkan terlebih dahulu berkaitan yuran komitmen ini adalah langkah terbaik bagi mengelakkan unsur penipuan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 12

message user image