BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ada soalan berkenaan family planning. Sebagaimana yang menjadi tular sebelum ini, hukum child free adalah haram. Persoalan saya, untuk pasangan yang baru berkahwin dan membuat keputusan untuk Long Distance Relationship (LDR) selama beberapa bulan bahkan mungkin setahun, adakah mereka dibenarkan untuk merancang kehamilan hanya selepas mereka mula tinggal bersama? Ini adalah atas sebab-sebab tertentu antaranya sukar untuk bertemu dan membantu sewaktu kehamilan ketika berjauhan.

Selain itu, adakah dibenarkan untuk pasangan merancang untuk mendapatkan anak setiap 3-5 tahun? Selain mengehadkan jumlah anak kepada 3-5 orang dan mengehadkan umur isteri untuk mengandung kepada hanya 35-40 tahun sahaja. Alasannya, walaupun pasangan ini amat yakin akan rezeki yang akan diperoleh selepas mempunyai anak yang ramai, mereka juga membuat perancangan dari segi kewangan keluarga dan kesihatan isteri itu sendiri.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa childfree merupakan istilah yang digunakan bagi pasangan yang berkahwin dan bercadang untuk tidak mempunyai anak. Tindakan tersebut adalah tidak bertepatan dengan Sunnah Rasulullah SAW.

Berdasarkan soalan yang diajukan, Islam tidak menetapkan setiap perkahwinan wajib mempunyai anak, akan tetapi perkahwinan merupakan wasilah bagi mendapatkan anak dan keturunan yang sah di sisi syarak. Adapun begitu, Islam tidak melarang pasangan yang berkahwin untuk merancang kehamilan kerana ia merupakan hak bersama antara suami dan isteri. Mereka berhak merancang dan berbincang sebaiknya untuk menentukan bilangan anak, waktu yang sesuai untuk mempunyai anak kerana ia melibatkan perkara lain yang perlu dipertimbangkan seperti kesihatan, didikan, kewangan dan sebagainya demi kesejahteraan keluarga.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 6

message user image