Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya nak tanya, apakah dibolehkan untuk seorang wanita muslim berkerja di bahagian front desk sahaja di spa urutan untuk kedua-dua lelaki & perempuan? Massage therapist dilakukan oleh pekerja wanita yang berpengalaman(non muslim & foreigner)
Jawapan
Asas pergaulan yang melibatkan percampuran antara lelaki dan wanita hanya dibenarkan pada urusan darurat dan urusan keperluan bagi muamalat seharian sesama manusia. Hal tersebut dibenarkan selagi tidak menimbulkan sebarang fitnah di samping menjaga batas-batas pergaulan serta garis panduan yang telah ditetapkan syariat dan memelihara nilai-nilai adab. Berdasarkan soalan yang diajukan, sekiranya premis tersebut hanyalah menerima pelanggan wanita, adalah dibolehkan wanita muslim bekerja di front desk premis kerana Massage Therapistnya juga adalah wanita. Namun begitu, jika premis tersebut menerima pelanggan lelaki, hendaklah Massage Therapistnya juga adalah sesorang lelaki. JIka, premis tersebut menawarkan perkhidmatan Massage Therapist wanita kepada pelanggan lelaki dan sebaliknya, maka pada ketika itu akan membuka ruang kepada percampuran antara lelaki dan perempuan dan membuka fitnah yang lebih besar yang perlu dielakkan.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra' ayat 32:-
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
Sekian, terima kasih.