BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, kebiasaannya setelah haid, saya akan mengalami masalah keputihan yang banyak dan secara berterusan untuk suatu tempoh. Adakah saya perlu mandi wajib setiap kali bangun tidur kerana masalah keputihan yang sering keluar itu? Meskipun saya tidak bermimpi jimak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Keputihan adalah cecair yang keluar dari faraj berwarna putih seperti warna putih susu. Ia dikategorikan sebagai salah satu najis yang hendaklah dibersihkan dan disucikan sebelum menunaikan ibadah solat. Manakala keputihan sisa haid (القصة البيضاء) sebagai tanda habis tempoh haid merupakan cecair berwarna putih jernih seperti warna cecair putih telur. Seseorang wanita apabila melihat keadaan ini hendaklah mandi wajib setelah berhadas besar iaitu berakhirnya tempoh haid. Merujuk kepada persoalan, keputihan yang dialami memadai dengan hanya membersihkan dan mensucikannya sebelum menunaikan ibadah solat, tidak perlu untuk mandi wajib kerana ia bukan termasuk perkara yang mewajibkan seseorang mandi wajib. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 8

message user image