BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum wtb

Yang berbahagia Dato SS Mufti,

Apakah hukum mengambil air kolah masjid  bagi tujuan perubatan. Ada sesetengah pengamal pengubatan Islam dan traditional  meminta pesakit menyediakan air kolah masjid  sebagai satu dari bahan dan kaedah pengubatan. Pandangan SS mengenai perkara  ini amat saya hargai.

Jazakallah khairan

Yang Benar

Muhammed Nor Hezri Baharudin


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Harus mengambil air kolah masjid jika diketahui dan dapat keizinan untuk menggunakannya selain daripada tujuan berwuduk dan kegunaan masjid. Jika pihak masjid hanya menghadkan penggunaan air kolah untuk kegunaan masjid sahaja, maka haram menggunakan air kolah tersebut selain daripada tujuan yang dinyatakan.

Bagi menjawab soalan yang diajukan:

Pertama, menggunanakan air kolah masjid sebagai ikhtiyar perubatan adalah diharuskan selagi beriktikad yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT.

Kedua, perlu mendapatkan kebenaran atau keizinan pihak masjid untuk menggunakan air kolah masjid.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 13

message user image