BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya rasa tidak sedap hati dan rasa sangat bersalah sekarang. 

Ketika saya bermandi semalam, saya terdetik memikir perkara yang saya tidak mahu dan dalam hati memikirkan tentang "perkara" tersebut. Saya masih sayang pada isteri saya dan sekarang, saya rasa sangat was was adakah ia hanya berlaku dalam hati atau saya telah melafazkannya. Seingat saya, saya tidak melafazkannya tetapi saya jadi terlalu musykil dengan ingatan saya, saya selalu tanya soalan pada diri saya sama ada saya lafaz atau tidak. Waktu itu, saya keseorangan di rumah dan tiada siapa pun dapat tahu sama ada saya telah lafaz atau tidak. Seingat saya, saya tidak lafazkan. Allahuakbar saya terlalu takut dan saya baru sahaja nikah. Saya masih sayang pada isteri saya. Perkara tersebut mungkin berlaku disebabkan gangguan atau bisikan syaitan. 

Saya terlalu takut sekarang dan saya perlukan pertolongan. Saya mahukan perkahwinan kami dalam keadaan yang masih sah. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Islam tidak menetapkan sesuatu hukum berdasarkan rasa syak, ragu-ragu, sangkaan atau tidak pasti. Firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 36:

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Maksudnya: sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran. 

Begitu juga kaedah fiqah yang mengatakan:

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan syak (keraguan).

Oleh itu, seandainya seseorang itu tidak pasti sama ada melafazkan talak ataupun tidak, atau tidak pasti lafaz yang diucapkan, maka ia tidak memberi apa-apa kesan kepada ikatan perkahwinan.

Banyakkanlah berdoa kepada Allah SWT agar tuan diberi kekuatan untuk melawan perasaan atau gangguan bisikan syaitan tersebut. Penuhilah masa lapang dengan membaca Al Quran, berzikir kepada Allah SWT dan menuntut ilmu agar kita lebih yakin dengan ajaran Islam serta dapat menghindar dari perkara-perkara yang tidak baik.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 10

message user image