BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

jika suami melafazkan lafaz cerai secara taklik dengan mengatakan " jika kau langkah keluar dari kawasan rumah jatuh talak" tanpa menyatakan masa kemudian isteri bertanya , untuk berapa lama , dan suami menjawab, "sampai pukul 10 malam besok" . Adakah lafaz cerai taklik itu masih sah dengan masa yang ditetapkan suami? 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kenyataan puan, lafaz yang suami ucapkan "jika kau langkah keluar dari kawasan rumah jatuh talak"..."sampai pukul 10 malam besok", merupakan lafaz taklik yang bertempoh dan ianya adalah sah dan terpakai berdasarkan niat suami. Justeru, isteri tidak boleh langgar taklik semasa tempoh itu. Taklik akan luput selepas daripada waktu tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 19

message user image