BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya nak bertanya. Apakah hukum mengambil tempahan meja untuk perayaan Krismas? Saya menyewa peralatan picnic/deco meja untuk majlis keraian/hari jadi. Jika ada non-muslim nak menyewa untuk Krismas, apakah hukum tersebut ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan. Membantu bukan Islam untuk menyambut perayaan ibadatnya adalah dilarang di dalam Islam. Ini kerana terlibat dalam urusan perayaan bukan Islam bererti membantu perlakuan kufur mereka dan mengagungkan syiar-syiar bathil mereka. Ia juga satu akad yang melibatkan manfaat yang diharamkan (manfa’ah muharramah) yang wajib dijauhi.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah ayat 2;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Justeru, menyewakan peralatan peralatan picnic/deco meja untuk Krismas adalah dilarang kerana termasuk dalam bantu membantu dan bersubahat dengan upacara keagamaan mereka. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 5

message user image