BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt

Saya ibu kpd 6 org anak 1 perempuan 5 lelaki . Bermula tahun ini selepas suami menarik balik kemudahan kad kredit dan hanya menyediakan brgn keperluan dapur yg pd fikirannya perlu sebelum bertugas 2 minggu di plantar. Tiada meninggalkn duit blnja kperluan anak2 sekolah dan seumpanya. Walaupyn saya bekerja, sy merasakan itu adalah tanggungjawab yg perlu disediakan oleh suami. Untuk saya dia x beri x kisahlah tp utk anak??? Saya bukan nak berkira Tapi sy rasa sy perllu bersuara. Hak anak2.. sy tak nak dia lebih bazirkan ke 5 biji motor yg boleh dikatakan melbihi dr keperluan . Dia menanggung 6anak 5biji moto dua biji kereta tidak termasuk kereta saya dan sebiji rumah tak termasuk bil air n makan pakai spnjg ketidaan n sy dipejabt. Mohon penjelasan tuan/puan . Bolehkah saya mengisukan soal hak nafkah ini. Saya tak nak jd manusia yg takberperikemanusiaan dan tak nak juga diri merasakan ada pengabaian...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tersebut, puan boleh mengusulkan tuntutan nafkah puan dan anak-anak terhadap suami melalui perintah Mahkamah Syariah. Tindakan ini dilakukan supaya pembayaran nafkah dari suami kepada puan dan anak-anak adalah konsisten. Tiada halangan dalam Islam dan bukanlah suatu kekurangan sekiranya seseorang menuntut haknya. Namun, amaun pengagihan nafkah dan cara pembayaran boleh dibincang di mahkamah kelak. Justeru, puan boleh mengemukakan permohonan puan ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk proses selanjutnya.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 7

message user image