BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam ustaz,

 

Saya ingin bertanya soalan yang saya harap pihak tuan boleh membantu saya merungkai kekeliruan yang saya alami di tempat kerja saya ini. Saya berkerja di pusat pengajian tinggi sebagai pensyarah. Saya mempunyai rakan sekerja yang luaran dan kad pengenalannya adalah lelaki tetapi dia berpakaian dan perwatakan seperti wanita. sehinggakan dia menyuruh orang ramai menggelarnya "miss" dan "she"ini termasuklah pelajar melayu islam yang di ajarnya. Bolehkah pihak tuan memberikan solusi kepada soalan ini?

1. Adakah salah/betul untuk pelajar islam melayu menggelar pensyarah ini "miss" atau "she" ? konotasi yg di khaskan untuk wanita dalam bahas inggeris.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menukar identiti gender atau meniru perwatakan bertentangan dengan jantina asal dalam hal pakaian, tingkah laku, atau gelaran, boleh dianggap sebagai tasyabbuh (menyerupai jantina berlainan), yang tidak dibenarkan dalam ajaran Islam. Daripada Ibnu Abbas RA berkata: 

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (Riwayat al-Bukhari)

Dalam Islam, adab dan penghormatan terhadap orang lain sangat penting. Namun ia juga harus selaras dengan prinsip syariah. Jika pelajar Muslim digesa untuk memanggil seseorang dengan gelaran yang merujuk kepada jantina yang berlawanan daripada jantina asal, perkara tersebut boleh menimbulkan kekeliruan moral dan identiti mereka. Menggunakan gelaran seperti "Miss" atau "She" kepada seseorang yang secara biologinya lelaki dilihat tidak sesuai dari sudut pandang agama, kerana ia berpotensi melibatkan tasyabbuh tadi.

Institusi pendidikan terutamanya yang melibatkan pelajar serta kakitangan Muslim perlu berhati-hati dalam menangani isu-isu berkaitan identiti gender supaya pelajar tidak terdedah kepada situasi yang boleh bertentangan dengan nilai agama mereka. Walaupun hak setiap individu mesti dihormati, institusi juga perlu memastikan bahawa keperluan dan kepercayaan pelajar dijaga terutama dalam konteks interaksi dengan staf dan tenaga pengajar.

Disarankan untuk merujuk hal demikian kepada pihak pengurusan institusi untuk mendapatkan pandangan yang lebih formal, berpandukan polisi serta cara berinteraksi yang profesional dalam tindak batas-batas agama dan budaya yang mungkin boleh dijadikan sebagai langkah yang lebih baik.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 5

message user image