BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya soalan,contoh ada peraduan cabutan bertuah kalau nak masuk peraduan kena buat pembelian barangan dahulu baru boleh masuk peraduan tapi dia nak resit pembelian untuk sahkan betul kita beli barangan itu,apakah hukum org kutip resit pembelian orang yg buang dan masuk peraduan dengan resit tersebut tapi kita tak beli barang tersebut pun cuma kutip resit orang buang sahaja untuk masuk peraduan tersebut,boleh nyatakan hukum dia macam mana ya?adakah berdosa?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum asal menyertai peraduan cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran atau tidak bercampur dengan unsur-unsur perjudian dan perkara-perkara lain yang diharamkan dalam syariat adalah harus. Manakala, berkaitan perbuatan mengutip resit yang terbuang tidak membawa kepada dosa kerana bukanlah mencuri. Namun begitu, dalam konteks peraduan, selalunya penganjur mensyaratkan resit yang sah untuk pembelian yang dibuat oleh peserta itu sendiri. Tujuan peraduan adalah untuk menggalakkan jualan atau menghargai pelanggan yang berbelanja di situ. Jadi, perbuatan menggunakan resit yang telah dibuang adalah tidak termasuk di dalam tujuan serta matlamat peraduan tersebut dilaksanakan. Sebaiknya elakkan perbuatan seperti ini untuk menghindari perkara yang syubhah (meragukan) dan menjaga kejujuran. Sikap amanah dan keikhlasan amat ditekankan dalam Islam, walaupun dalam hal-hal kecil seperti ini.

Sekian, Terima Kasih.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 3

message user image