Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah hukum lelaki melebebatkan bulu kening dan jambang dengan menggunakan serum" tertentu
Jawapan
Islam telah meletakkan parameter yang sangat jelas, adalah harus untuk kita membuat atau mengubah sesuatu ciptaan Allah SWT dengan niat untuk rawatan atau menutup keaiban, seperti pembedahan bibir yang sumbing, atau rawatan pembentukan gigi yang terlalu menonjol. sehingga menggugat kestabilan kehidupan seharian atau seumpamanya.
Namun jika membentuk semula bibir atau mulut yang normal sebagaimana manusia biasa, tapi ia “diubah agar dilihat lebih cantik, atau lebih menarik, maka ianya dilarang . Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: Allah S.W.T melaknat wanita yang bertatu, meminta ditatu, mencabut kening dan menambat (mengikir) giginya untuk mencantikkan diri, yang telah mengubah ciptaan Allah. (Riwayat Muslim)
Berballik kepada persoalan yang dikemukakan, penggunaan serum untuk melebatkan bulu kening mahu pun jambang untuk tujuan rawatan untuk merawat kening atau jambang seperti agar tumbuh sekata, serta untuk menutup aib yang ada maka ianya adalah diharuskan, namun sekiranya sekadar untuk mencantikkan sesuatu yang sudah elok atas alasan kecantikan maka sebaiknya ia dielakkan bagi mengelak jatuh ke dalam perkara yang dilarang dalam Islam.
Sekian, wassalam