BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.. saya ingin bertanya suatu kemusykilan

Seorang wanita telah mengambil seorang anak angkat lelaki dan tidak dapat menyusukan anak itu atas faktor usianya ketika itu. 

Wanita tersebut meminta isteri kepada anak saudaranya (anak kakaknya) untuk menyusukan (mengikut syarat ibu susuan) dan isteri anak saudaranya pun telah menjadi ibu susuan anak angkat itu 

Soalan saya..adakah anak angkat itu boleh bersalam/tak batal air sembahyang dengan wanita yang ambil anak angkat tu..dengan alasan anak saudaranya sudah menjadi ibu bapa susuan anak itu?

Terima kasih ustaz

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Penyusuan boleh menjalinkan hubungan kekeluargaan antara anak susuan dan keluarga ibu susuan apabila telah memenuhi syarat susuan. Hubungan ini memberi kesan dalam mewujudkan golongan yang haram dikahwini. sebagaimana hubungan keturunan iaitu ibu dan ke atas, anak perempuan dan ke bawah, saudara perempuan seibu sebapa atau seibu atau sebapa, ibu saudara sebelah bapa dan ibu saudara sebelah ibu sekalipun jauh hubungan persaudaraan, anak perempuan kepada saudara lelaki seibu sebapa, seibu atau sebapa dan anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa, seibu atau sebapa. Oleh itu, apabila wujud hubungan kekeluargaan disebabkan penyusuan, maka golongan yang sama daripada susur jalur ibu susuan juga haram dikahwini. Perkara ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW:

يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا ‌يَحْرُمُ ‌مِنَ ‌النَّسَبِ

Maksudnya: Mereka yang haram dikahwini kerana keturunan, haram juga dikahwini dengan susuan. 

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Merujuk kepada persoalan, anak tersebut telah menjadi anak susuan kepada anak saudara puan, jadi antara puan dengan anak angkat lelaki tersebut telah menjadi mahram, maka puan boleh bersalaman dengannya.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 4

message user image