BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..saya dan suami dah berkahwin selama 17 tahun..awal bulan 1 suami kantoi ada berwasap dengan kerani tempat kerja dia mereka suka brgurau tidak selayak nya sebagai rakan kerja..saya dah menegur mereka berdua..tapi suami beli nombor telefon lain untuk mereka berdua berwasap dibelakang saya..pada suatu hari ketika suami marah suami da terlafaz ta'liq kepada saya..dia cakap kalau saya masih mengungkit hal dia dengan kerani tu maka jatuh talak 1..hari isnin yang lepas saya bergaduh dengan suami..saya sebut di tempat kerja suami ada yang bagi dorongan dan suami lebih suka berwasap guna nombor yang 1 tu..ada ka talak dah jatuh? Tapi sya tak sebut pasal kerani tu..terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada situasi yang dinyatakan, lafaz taklik suami iaitu jika puan masih mengungkit hal dia dengan kerani tu ' jatuh talak 1. Walaupun puan tidak menyebut mengenai kerani secara jelas, namun pergaduhan puan dan suami pada hari isnin itu, memberi bayangan berkaitan kerani di tempat kerja suami.  

Bagi mendapat kepastian, puan perlu hubungi pihak Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal berkenaan perkara ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 5

message user image